Tweet terakhir saya sebagai Menteri Kesihatan – Dr. Dzulkefly

0
125

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan dua lagi kes jangkitan Covid-19 dipulihkan dalam ciapan Twitter yang disifatkannya terakhir sebagai Menteri Kesihatan.

Beliau berkata, dua mangsa jangkitan itu pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah tanpa kes baharu dilaporkan.

“Tiada kes positif baharu.

“Kes-14 dan Kes-19 sebelum ini dirawat di HKL. Jumlah yg telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 20 orang.

“Dua lagi masih dirawat di wad dan stabil,” tulis beliau.

Terdahulu, Dzulkefly berkata, kedua-dua kes telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan kes seorang wanita warganegara China berumur 37 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2020.

“Kes ke-19, seorang wanita warganegara China berumur 38 tahun yang telah disahkan positif pada 12 Februari 2020,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Program Inisiatif Kesihatan Mental di Universiti Malaya, di sini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini adalah sebanyak 20 orang dengan dua (2) orang masih dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.

Sehingga 24 Januari 2020, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal sebanyak 22 kes. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here