Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam mati

0
182

CHINA – Kerajaan China melaporkan kes virus selsema burung H5N1 di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus.

“Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.

“Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam,” menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China seperti dipetik Astro Awani.

Virus Hunan H5N1 bermula ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.

Virus selsema burung H5N1, juga dikenali sebagai selsema burung, menyebabkan masalah pernafasan yang teruk pada burung dan ayam.

Jangkitan daripada haiwan kepada manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.

Tiada kes jangkitan ke atas manusia dilaporkan buat masa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here