Waktu solat subuh Pulau Pinang ditambah 8 minit

0
225

CYBERJAYA – Waktu solat subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuat kuasa esok, kata Muftinya, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Memetik portal Ismaweb.net, beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali Ke-16, yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja mengenai penetapan permulaan waktu subuh di Malaysia adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.

Katanya, perubahan itu hanya membabitkan waktu solat subuh sahaja, manakala waktu-waktu lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat pada Takwim Hijri 1441 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang terbitan Jabatan Mufti negeri berkenaan.

“Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa pelaksanaan solat subuh berdasarkan waktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqada (diganti) setakat sebelum tarikh ketetapan baharu ini dikuatkuasakan.

“Jadual Waktu Solat Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat turun dalam Laman Rasmi Jabatan ini atau Portal e-Solat Jakim mulai hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here