Warga maya cadang Malakat Mall beroperasi 24 jam

0
135

RAUDHAH CITY – Malakat Mall beroperasi 24 jam. 

Itu antara beberapa cadangan diterima oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim daripada rakan warga mayanya bagi memberi peluang kepada pengunjung membeli belah.

Menurut status akaun Facebook Mohd. Fadzil, cadangan rakan akaun media sosialnya itu turut menjelaskan, operasi 24 jam itu boleh dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pengunjung mengurus waktu membeli belah.

Cadangan itu dikemukakan dengan melihat sambutan terhadap Uptown atau Downtown yang berjaya menarik pengunjung di malam hari tanpa menempuh kesesakan jalan raya.

“Selain itu apabila beroperasi 24 jam, kita dapat memberi ruang untuk pekerja menambah pendapatan,” katanya.

Selain itu, Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall berkongsi cadangan daripada rakan Facebook milknya itu untuk memperkenalkan kad setia pelanggan Malakat Mall.

“Menerusi kad tersebut, ia bukan sekadar mata ganjaran untuk dapatkan potongan harga teteapi berpeluang untuk cabutan bertuah, menunaikan umrah, bercuti dan lain-lain,” ujarnya.

Antara cadangan lain yang dikemukakan ialah solat Jumaat dalam pusat beli belah itu, bazar Ramadan, solat Tarawih, beli belah dalam talian, perkhidmatan penghantaran, pengangkutan awam, ceramah agama dan Pasar Karat. 

Malakat Mall yang menghimpunkan produk usahawan Muslim itu semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya golongan Muslim apabila ia bakal menjadi pusat beli belah pertama bumiputera di negara ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here