CYBERJAYA – Seorang individu tidak dikenali menyalahgunakan gambar Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari untuk meminta wang.
Izzat berkata, beliau mendapat maklumat tersebut daripada rakannya yang menunjukkan tangkap layar aplikasi Whatsapp menggunakan gambarnya tetapi nama adalah ‘Cikgu Jexson Bidin’.
“Rakan saya menghantar tangkap layar Whatsapp itu dan terkejut individu tersebut mahu meminjam wang berjumlah RM1,900 tetapi menggunakan gambar saya.
” Saya meminta semua warga maya berwaspada jika terdapat ‘Cikgu Jexson Bidin’ mahu meminjam wang,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.
Izzat yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat menambah, individu terbabit menghubungi rakan terdekatnya untuk tujuan tersebut.
“Nombor telefon saya ada tertera dalam akaun Facebook milik saya, Cikgu Izzat Johari,” ujarnya. – MT