Wujudkan Kempen Ekonomi ‘GoLocal’

0
50

RAUDHAH CITY – Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dalam menangani isu Covid-19 yang dilihat memberi kuasa membeli yang lebih kepada golongan sasar.

Pendekar Ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim berkata, banyak perniagaan terkesan kerana kurangnya transaksi terutama bagi sector pelancongan.

Walau bagaimanapun menurut beliau, pakej tersebut tidak banyak membantu dan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan yang boleh dipertimbangkan.

“Semua bank menawarkan tempoh henti pembayaran kepada perniagaan untuk tempoh tiga bulan. Ini akan memberi kelegaan kepada aliran tunai perniagaan yang terkesan. Inilah masa bank menjalankan tanggungjawab mereka yang selama ini mengaut keuntungan semata-mata.

“Wujudkan Kempen Ekonomi ‘GoLocal’ iaitu insentif khas pusat beli belah milik tempatan dengan diberi rebat cukai atas perbelanjaan promosi dan penghantaran dalam talian untuk mengelakkan perbelanjaan domestik,” katanya dalam hantaran akaun Facebook miliknya hari ini.

Mohd. Fadzil menambah, pengecualian cukai lapangan terbang untuk pelancong dari negara bukan China dan baucar khas membeli belah kepada semua pelancong.

Kata beliau, kerajaan perlu mempertimbangkan diskaun 50 peratus terhadap hotel kereana mereka tidak perlu bayar hutang kepada bank dan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk pelancong luar negara.

“Mohon diberi pertimbangan oleh Kementerian Kewangan,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here