Yang di-Pertuan Agong jumpa setiap ahli Parlimen

0
147

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan tanggung jawab baginda selaras Perlembagaan dengan menitahkan semua ahli Parlimen menghadap baginda untuk ditemu bual.

Proses ini, yang pertama kali berlaku dalam sejarah pembentukan Malaysia, adalah selras dengan Perkara 42 dan Perkara 43 (2)(a) dan adalah penting bagi baginda mendengar sendiri pilihan perdana menteri ahli Parlimen.

“Tuanku sendiri akan menjalankan temubual tersebut,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datul Ahmad Fadil Shamsuddin pada sesi sidang akhbar di Istana Negara, hari ini.

Beliau menambah, temubual tersebut akan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali

Sesi tersebut akan bemula hari ini pada pukul 2 petang, dengan 90 ahli Parlimen akan hadir menghadap.

Baki ahli Parlimen lain akan menghadap esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here