10 makmal tambahan ujian Covid-19

0
180

SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA- Sebanyak 10 makmal diagnostik tambahan disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) digunakan dalam menjalankan ujian pengesanan wabak Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ke semua makmal tersebut termasuk makmal diagnostik di institusi pengajian tinggi (IPT), hospital pengajar universiti (HPU) serta sebuah makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan ‘hotspot’.

“Kesemua makmal diagnostik tambahan itu akan dapat melaksanakan 42,420 ujian pengesanan sebulan atau 1,414 sehari,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pada peringkat awal, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian pengesanan Covid-19 di negara ini.

Tambah beliau, kapasiti makmal tersebut kini diperluas dan diperkukuhkan melibatkan 25 makmal di seluruh negara.

“Ia melibatkan 18 buah makmal IMR KKM; Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh; 12 makmal di peringkat hospital KKM dan empat Makmal Kesihatan Awam di Johor, Kelantan, Perak sert Sabah).

“Selain itu tujuh makmal swasta turut terlibat iaitu Lablink (M) Sdn. Bhd., Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd., Neogenix Laboratories Sdn. Bhd., Clinipath (M) Sdn. Bhd., BP Clinical Lab Sdn. Bhd. (Cawangan Glenmarie), Sunway Medical Centre dan Gribbles Pathology Sdn. Bhd.,” jelasnya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here