10 sen seekor ikan pelaling, ayam RM5 seekor!

1
10318


RAUDHAH CITY – Ikan pelaling dijual 10 sen seekor dan ayam RM5 seekor! Itu tawaran istimewa buat pelanggan yang berbelanja di Pasar Raya Raudhah Grocer dalam Malakat Mall esok.

Tawaran itu hanya terhad sehari sahaja iaitu untuk ikan pelaling terhad kepada 20 ekor seorang pelanggan manakala 500 ekor ayam disediakan bagi pelanggan yang membeli belah di pasar raya itu.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, pihaknya menawarkan harga serendah itu selaras dengan perjuangan membantu nelayan yang menghadapi masalah lambakan ikan sehingga tidak dapat dijual oleh golongan itu.

“Alhamdulillah esok sebanyak 1 tan ikan pelaling tular dari Kuala Muda, Kedah akan dijual di Raudhah Grocer. Selain itu, kita juga menjual ayam RM5 seekor dan terhad 500 ekor sahaja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, beberapa kedai yang terdapat dalam pusat beli belah itu turut menawarkan harga diskaun menarik.

“Tawaran menarik itu ditawarkan kepada penyokong-penyokong produk Muslim. Malakat Mall ini di sebut pusat beli belah tuan puan yang punya,” katanya.

Antara tawaran menarik ialah Kedai Tea Amo menawarkan ais krim percuma untuk setiap pembelian RM10 keatas bagi pembelian Ais Krim Istimewa ‘Pearl’, taufufa dan minuman teh boba.

Bagi pelanggan yang mahu menikmati sarapan pagi di Banch-Oh, set sarapan roti canai terbang dan teh tarik RM3 bermula pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Himawari menawarkan diskaun 50 peratus beg bagi ‘Buttercup Series’ dan 20 peratus untuk siri beg jenama itu manakala 50 peratus untuk kedai kasut Jojo Shoes.

Buat pelanggan yang membeli alat tulis pula, kedai Conteng Stationary menyediakan hadiah misteri bernilai RM50 dengan setiap pembelian RM100 dalam satu resit. 

Pelbagai lagi tawaran menarik disediakan dan orang ramai dijemput memeriahkan pembukaan Malakat Mall yang akan bermula esok. – MT 

1 COMMENT

  1. Klu blh buat lah servis penghantaran ke rumah supaya sng kami nk oder dan bayar cash atau online..edarkan juga pamplet ttg apa.yg ada terdapat di tempat tersebut ke semua rumah2 pengguna sekitar K.L

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here