1,000 pau percuma kepada pengunjung

0
459

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pau Ains Treat hari ini mengagihkan 1,000 pau percuma kepada pengunjung di Malakat Mall di sini.

Pengasasnya, Nurain Abd. Mokhti berkata, dia sangat terharu melihat perjuangan pusat beli belah Muslim itu sekali gus mahu turut serta dalam perjuangannya.

Menurutnya, pau yang dipasarkan sebenarnya sudah berada di dua buah cawangan Raudhah Grocer di Bangi dan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Cyberjaya.

“Alhamdulillah, hari ini pau kukus kami dijual di Raudhah Grocer, Malakat Mall dan teruja ditawarkan pula untuk dijual di Bunch-Oh dan ini namanya rezeki,” katanya.

Nurain yang turut turun padang mengagihkan pau kepada pengunjung memberitahu kilang paunya sudah beroperasi 12 tahun lalu.

Selain Raudhah Grocer, paunya juga dipasarkan di pelbagai premis termasuk di Halal Mart dan KK Mart. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here