100,000 penutup mulut, hidung tiba esok

0
160
Gambar sumbangan topeng muka dan hidung sumbangan China kepada Malaysia yang dikongsi oleh Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 100,000 keping penutup mulut dan hidung sumbangan kerajaan China akan tiba di Malaysia esok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, semua urusan penghantaran itu akan diuruskan oleh Kementerian Luar Negara (KLN).

“Untuk makluman, esok akan sampai 100,000 keping 3 ply mask sumbangan kerajaan China melalui KLN. Semua urusan di lapangan terbang akan dibuat oleh KLN.

“Pharmaniaga telah bersetuju menguruskan logistik dan penyimpanan mask tersebut di gudang Pharmaniaga,” katanya dalam satu status dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Kedutaan China di Malaysia dalam laman Facebook miliknya hari ini mengumumkan sedang menyerahkan bantuan perubatan dari negara tanah besar itu untuk Malaysia yang bergelut wabak Covid-19.

China sebelum ini sedia membantu membekalkan peralatan perubatan yang diperlukan termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata, agihan stok tersebut akan dibuat oleh Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan dengan pengurusan penghantaran oleh Pharmaniaga.

Beliau berkata, perkhidmatan Pharmaniaga adalah dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here