3 jenis ubat rawat pesakit Covid-19 

0
347

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan ubat jenis Chloroquine, Hydroxycholoroquine dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir boleh digunakan untuk rawatan penyakit lain dan juga Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ubat-ubatan tersebut adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah selepas semakan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurut beliau, bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh kementerian itu bagi kegunaan rawatan Covid-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal Multicenter Adaptive Solidarity Trial-Covid-19 yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan xpedited review untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Dr. Noor Hisham menambah, bagi ubat Favipiravir, kementerian itu sedang mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal. 

Beliau berkata, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi kementerian itu boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk tidak berdaftar.

“Dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini, KKM masih boleh boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengn menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” jelasnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here