4 Menteri kanan bantu Muhyiddin

0
346

CYBERJAYA – Empat menteri kanan diwujudkan sebagai menggantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akan membantu Perdana Menteri dalam menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan, infrastruktur, pendidikan dan sosial.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan empat menteri kanan itu akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang yang dinyatakan diatas dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Saya ingin membentuk sebuah Kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.

“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan barisan Kabinet beliau di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Menteri Kanan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here