40,000 penduduk Iran positif Covid-19

0
62
Sumber AFP

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

TEHRAN – Dilaporkan penduduk di Iran yang didapati positif Covid-19 meningkat kepada 40,000 kes semalam.

Lebih parah lagi, kerajaan turut mengeluarkan amaran wabak itu mungkin akan berlanjutan beberapa bulan lagi dan boleh menjangkiti 10,000 lagi penduduk.

Dalam situasi tersebut, beberapa pemimpin politik pembangkang menyifatkan Presiden Iran, Hassan Rouhabi gagal mengambil tindakan serta merta bagi menangani wabak berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour, semalam, mengesahkan dalam tempoh 24 jam seramai 117 individu lagi disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Selain itu, sebanyak 3,186 pertambahan kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan rakyat Iran yang dijangkiti Covid-19 kepada 41,000 orang.

Angka korban setakat ini sudah mencecah 2,757 orang.

Menurut Jahanpour, 13,911 pesakit yang dirawat di hospital sudah pulih sepenuhnya, manakala 3,511 masih berada dalam keadaan kritikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here