5 kes baharu positif Covid-19, tangguh perjalanan ke Itali, Jepun, Iran

0
182

CYBERJAYA – Lima kes baharu dikesan positif Covid-19 hari ini menjadikan sebanyak 55 kes setakat ini.

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kesemua lima kes itu adalah kontak rapat dan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kontak rapat kes kluster ke-26.

Menurut beliau, ini menjadikan 26 kes yang dijangkiti daripada kes kluster setakat ini.

“Keseluruhan kes di Malaysia setakat petang ini ialah 55 iaitu 33 dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 pesakit telah sembuh dan dicaj,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan dekat sini hari ini.

Tambah beliau,  daripada 33 kes yang masih dirawat, hanya dua kes bukan warganegara iaitu kes-24 dan kes-25.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Covid-19 membuat keputusan menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke luar negara.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Lombardy, Veneto dan Emelia-Romagna di Itali. Selain itu rakyat juga perlu menangguhkan perjalanan ke wilayah lain seperti Hokaido di Jepun; Tehran, Qom dan Qilan di Iran,” katanya.

Katanya, jika terdapat program atau acara yang masih perlu berlangsung, maka penetapan penjagaan kesihatan yang tinggi hendaklah dibuat seperti penyediaan saringan kesihatan di luar dewan, penyediaan penutup mulut dan sanitiser. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here