5 kilang Gardenia tingkat pengeluaran roti

0
3426

CYBERJAYA – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan meningkatkan pengeluarannya pada tahap 2.2 juta roti sehari melalui kelima-lima kilang syarikat itu yang beroperasi 24 jam.

Pengurus Besar Kanannya, Desmond Tan berkata, pengeluaran itu merupakan penambahan sebanyak lima peratus daripada jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.

“Bekalan ini menampung sebanyak 60 peratus daripada permintaan roti dari seluruh Semenanjung dengan jenama lain turut menampung jumlah permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini,” katanya,

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ke kilang itu di Shah Alam dekat sini hari ini.

Desmond menambah, pengeluaran produk syarikatnya sentiasa mengikut piawaian ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh.

Beliau berkata, pengeluaran kasar untuk roti putih adalah sebanyak 840,000 buku sehari dan 2.2 juta sehari bagi kombinasi semua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, buns dan twiggies.

Dalam pada itu, Rosol bersetuju agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan lokaliti masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna lain. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here