60 juta orang diminta berkurung di Itali

0
105

Rom- Lebih 60 juta penduduk Itali diminta berada di rumah selepas negara itu mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown), semalam.

Menerusi laporan AFP, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata, perintah berkenaan berkuat kuasa sehingga 3 April ini.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19.

Setakat ini, lebih 9,000 kes dengan 463 kematian akibat wabak berkenaan dilaporkan di negara berkenaan.

Ia sekali gus angka kematian tertinggi di luar China.

Berdasarkan perintah itu, orang ramai hanya dibenarkan untuk melakukan perjalanan atas urusan kerja, kesihatan dan kecemasan.

Bagaimanapun, pengangkutan awam masih beroperasi.

Mereka yang mahu pergi ke mana-mana perlu mengisi borang khas dengan menyatakan alasan berbuat demikian dan jika didapati berbohong, individu terbabit berdepan hukuman denda atau penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here