7 idea mengisi masa sepanjang partial lockdown

0
199

TEMPOH perintah kawalan pergerakkan selama 14 hari bukan satu jangka masa yang terlalu lama namun bagi yang tidak merancang bagaimana ia boleh dimanfaatkan, ia pasti berlalu begitu sahaja.

Selain peluang untuk memperbaiki hubungan dengan Maha Pencipta dan merapatkan diri dengan ahli keluarga, kesempatan berada di kediaman juga pada hemat penulis boleh digunakan untuk menyelesaikan ‘kerja-kerja rumah’ yang sudah lama tertunggak.

1-Membersihkan rumah
Banyak sekali ruang dan sudut di dalam rumah yang selama ini tidak dapat dicapai oleh batang penyapu. Luangkan masa sehari atau dua mengalih perkakasan besar seperti almari dan katil untuk disapu bersih. Habuk dan debu yang terkumpul sejak sekian lama mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang namun ia juga menjadi punca utama masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan warga emas. Inilah juga masanya untuk get-together dan bekerjasama bersama ahli keluarga.

2-Membaiki kerosakan dalam rumah

Kesempatan berada di rumah boleh dimaksimumkan sebaiknya untuk membaiki bahagian-bahagian rumah yang sudah lama rosak atau semakin uzur. Kebocoran pada bahagian saliran paip, kerosakan engsel pintu atau mengemas kabel-kabel yang berselerak mungkin sebahagian daripadanya.

3-Menjadi tukang rumah
Bagi yang mempunyai alat pertukangan yang lengkap, inilah juga masanya untuk membina rak-rak penyimpanan supaya peralatan kegemaran isteri atau permainan anak-anak boleh disimpan kemas dan tidak menyakitkan mata. Sebahagian daripada komponen asas pemasangan rak juga mudah dibeli secara online. Peluang seperti ini pasti menyemat memori yang kuat antara hubungan ayah dengan anak.

4-Menyusun semula barang makanan di dapur.
Dapur adalah sudut dalam rumah yang paling susah untuk nampak kemas tidak kira sebesar atau secantik mana kabinet dapur yang anda miliki. Menyusun semula kedudukan stok makanan kering seperti beras, gula, makanan dan makanan dalam tin dan paket perencah boleh menjadikan persekitaran kediaman lebih mendamaikan.

5-Mengemaskini dokumen penting

Jangan biarkan dokumen setiap ahli keluarga seperti rekod pengenalan diri, geran hartanah, surat majikan, slip gaji, butiran insurans dan segala resit pembayaran penting berada dalam keadaan tidak terurus. Luangkan masa untuk membuat pengasingan mengikut kategori supaya mudah dicari apabila memerlukan.

6-Mengasingkan pakaian tidak diperlukan

Pakaian yang masih dalam keadaan baik seperti baju dan seluar kanak-kanak tidak sepatutnya terperap tanpa dipakai. Kumpul dan asingkan sebanyak mungkin pakaian yang tidak lagi diperlukan ke dalam kotak mengikut kategori. Apabila penularan wabak semakin reda, hubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk didermakan.


7-Mengemas bilik tidur anak

Bilik tidur anak-anak mungkin tidak memerlukan masa yang lama untuk dikemas, namun sebagai seorang dady yang cool banyak perkara yang boleh dilakukan. Contohnya menghias dinding bilik mereka dengan poster atau pelekat media yang bersesuaian dengan minat anak-anak. Dekorasi yang ceria dalam bilik yang kemas sudah pasti membentuk peribadi dan membina emosi yang positif pada si kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here