CYBERJAYA – Terdapat tujuh kes baharu dikesan positif Covid-19 menjadikan 36 kes setakat ini.
Menurut akaun Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah itu menjadikan 14 kes yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 22 lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.
“Kesemua mereka dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah kenyataan penuh kementerian itu akan menyusul kemudian. – MT