Raudhah Grocer menjadi pilihan pengunjung kerana menempatkan pelbagai produk bumiputera di pasar raya itu.
RAUDHAH CITY – Sejak dibuka Jumaat lalu, Malakat Mall menjadi kebanggaan masyarakat Muslim kerana sudah lama menanti sebuah pusat beli belah yang menghimpunkan produk usahawan Muslim di bawah satu bumbung.
Kehadiran pengunjung yang bukan sahaja umat Islam malah bukan Islam turut hadir untuk membeli belah sekali gus menunjukkan Malakat Mall merupakan pusat beli belah komuniti.
Seorang pemilik akaun Facebook, Rasyidah Liyana yang telah mengunjungi Malakat Mall terharu dan kagum malah tidak percaya pusat beli belah itu dimiliki oleh orang Muslim.
Rasyidah Liyana (kanan) bersama suami dan anak di hadapan Pasar Raya Raudhah Grocer, Malakat Mall.
Menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya, beliau menyenaraikan tujuh sebab mengapa wajib ke pusat beli belah itu yang terletak di CDB3, Cyberjaya.
Berikut merupakan catatannya:
Semalam saya di Malakat Mall. Jejak kaki di sana macam tak percaya ‘mall’ (pusat beli belah) ini milik orang kita. Bila tengok mall ini, wahhh cantiknya.
Tengok lagi jenama-jenama yang ada, fuhh setanding dengan ‘mall-mall’ hebat yang lain. Bezanya ini ‘mall’ kita! 100 peratus barangan bumiputera!
Seorang makcik ditemuduga. jauh datang. Dari Kelantan ada, dari Pahang ada. Sanggup naik kereta jauh-jauh. Maka saya pun dapat sebab kenapa mereka sanggup datang jauh-jauh ini.
1. Barangan bumiputera
Apabila masuk dalam Pasar Raya Raudhah Grocer terutamanya dan akan lihat semua barangan produk bumiputera tersusun rapi di atas rak.
Saya cuba juga cari produk-produk yang biasa ada di pasar raya tapi memang tak jumpa. Rak-rak dipenuhi produk industri kecil sederhana (IKS) dan barangan bumiputera lain.
Masya-Allah kagum rasa. Sebak bila tengok produk bangsa kita ada di ‘mall’ besar macam ini.
2. Dijamin halal 100 peratus
Ya. Dijamin halal. Tak perlu risau lagi. Selalu kalau saya pergi dekat ‘mall’ lama saya belek label kandungan dekat belakang dan perhatikan logo halal yang ada pada barang.
Kadang pernah belek-belek tengok kandungan bagus dah. Tapi alahai tiada logo halal. Ada tu MS1500 Halal Food pun tiada.
Jadi memang was-was. Ya lah benda yang masuk dalam badan kita, darah daging kita mana boleh ambil mudah. Itu sangat penting! Nak bagi anak-anak makan lagilah!
Kalau ada perangai anak-anak yang pelik tu periksa balik sumber makanan kita. Dekat Malakat Mall ini tak perlu risau dah. Sebab barang dekat sini semua produk bumiputera dan ada tanda halal. Tapi saya periksa juga logo halal. Dah jadi amalan.
3. Barangan berkualiti setaraf import
Saya jalan-jalan semalam suka betul tengok ‘mall’ ni. Barangan dekat sini ‘best-best’. Paling saya tak sabar kedai DIY Malaya dan Iqra’ Bookstore.
Jenama dekat sini hebat-hebat. Nak cari beg? Beg Himawari kan ada. Kasut? Ada jojo shoes. Sangat ‘stylish’. Baju yang ‘stylish’ pun tak susah cari. RAHSIA kan ada. Kalau dah penat sangat membeli belah boleh melepak di Bunch-Oh! Ala-ala Starbucks memang sangat ‘best’. Makanan pun sedap.
Kedai Jojo Shoes
Siapa dekat sini peminat Syafiq Rahim, pemain bola sepak terkenal Malaysia? Jangan lupa pergi Tahan Sports!. Rasa dahaga pulak terus ke Tea Amo. Fuhh banyak sebenarnya lagi jika nak sebut. Conteng, 2358 fashion. Tengok nanti ya.
4. Solat di mana-mana
Inilah bahagian yang saya paling suka bila berada dekat Malakat Mall ini. Dekat sini memang sebelum azan ‘mall’ akan berhenti tujuh minit.
Tak pernah lagi dengar laungan azan dekat ‘mall’. Semalam adalah kali pertama dan sangat sebak. Sebaik saja azan automatik ramai orang terutamanya kaum lelaki pergi ambik wudhu.
Paling mudah ada spray disediakan di sekitar ‘mall’. Spray sahaja di anggota wudhu. Masya-Allah. Praktik yang Islam itu mudah dan tak membazir! Bukan 1-2, saff sahaja jemaah semalam. Bersaff- saff.
Sempat saya melihat semalam dua kanak-kanak yang sedang solat. Hanya mereka berdua sebab yang lain dah habis solat. Mereka datang selepas itu. Masya-Allah! Bagus untuk mendidik kanak-kanak betapa pentingnya solat.
5. Barang basah yang sangat segar
Masuk dalam Raudhah Grocer anda akan dapat lihat buah-buahan yang sangat segar. Bukan buah sahaja, ikan, ayam, daging, semua segar-bugar. Tak silap saya ikan-ikan ni diambil dari pasar tular. Memang tular kerana kesegarannya.
6. 100 peratus Muslim
Bermula dari bahan mentah, ladang, pengilang, pengedar sehinggalah kedai semua adalah Muslim. Ya, jadi tak perlu was was nak berbelanja dekat sini.
Semua dah Muslim tunggu apa lagi? Teruskan rantaian ni sehingga Pengguna Muslim. Inilah yang dikatakan Kebangkitan Ekonomi Islam.
Kata penyokong #BMF jadi buktikan dengan bermula di sini! Seterusnya jangan lupa jadi ahli KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) ya.
7. ‘Mall’ ini kita punya
Betul tak salah anda baca. Jangan kerut dahi. ‘Mall’ ini kita punya! Dapat pendapatan ke? Ya dapat. Daftar ahli KoPPIM sekarang dan ‘mall’ lni anda yang punya. Ada banyak lagi Malakat Mall nak buka nanti!
Sehingga pukul 9.30 malam ini orang ramai masih mengunjungi Malakat Mall yang dibuka kepada umum, swmalam.
Tarik nafas sekejap. Fuhh! Banggakan kita ada ‘mall’ sebesar ini . Dengan barangan yang sangat berkualiti.
Tahniah kepada Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd. Fadzil Hashim dan pasukan!