81 rakyat Malaysia dari Itali selamat tiba di KLIA

0
145
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Seramai 81 rakyat Malaysia yang direpatriasi dari Itali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, daripada jumlah itu 34 daripadanya adalah pelajar, lapan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See dan ahli keluarga masing-masing.

“Kesemua mereka telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat sewaan khas Air Asia yang turut membawa 17 kru pesawat dan tujuh penjawat awam terdiri daripada seorang pegawai Kementerian Luar, seorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan lima petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari seperti ditetapkan oleh KKM.

“Misi repatriasi ini hasil kerjasama rapat di antara KLN, Nadma, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi lain yang berkaitan.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Nadma, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi lain memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan misi ini,” katanya.

Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana HARD merupakan sebahagian daripada misi membawa pulang rakyat di negara terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here