98 peratus menyokong perjuangan Malakat Mall

0
698

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Pengasas Malakat Mall. Mohd. Fadzil Hashim menyifatkan 98 peratus menyokong perjuangan pusat beli belah itu.

Menurutnya, pihaknya tidak menafikan kritikan negatif wujud sepanjang hari pembukaan pusat beli belah itu pada 13 Mac lalu.

“Yang memberi kritikan membina kita terima tetapi yang menghina menggunakan bahasa tidak baik kita tolak tepi.

“Saya lihat 98 peratus menyokong perjuangan Malakat Mall dan yang ini Allah beri ujian ada sebab,” katanya.

Pejuang ekonomi Islam itu berpendapat, Allah menghantar ujian sebenarnya untuk melihat bagaimana kumpulan itu bertindak balas dan memberi maklum balas.

“Mana-mana pihak yang tidak suka atau tidak bersetuju itu tidak memgapalah kerana pelbagai pasaran lain ada di luar sana.

“Bukan hanya Malakat Mall sahaja tetapi mereka boleh kekal berada di pasaran mana-mana sekali pun,” katanya yang menafikan pasar raya itu bersifat rasis.

Mohd. Fadzil berkata, jika dilihat semua bangsa yang turut hadir memberi sokongan malah membeli produk di sini sejak hari pembukaan Malakat Mall lagi.

Katanya lagi, waktu ini bukanlah untuk mencari perbezaan tetapi memfokuskan apakah keperluan yang diperlukan oleh masyarakat.

“Insya-Allah melalui Raudhah Grocer khususnya pasar raya yang baharu berumur empat hari ini kita cuba.

“Mungkin kita tak sempurna, banyak kelemahan dan sebagainya tetapi perubahan memasuki hari keempat sudah ada. Kita yakin dalam situasi yang berlaku inilah masa yang sesuai bagi pasukan kita memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” kongsinya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here