Amerika guna ubat anti malaria rawat Covid-19 bermula esok

0
132
Amerika Syarikat akan menggunakan ubat anti malaria untuk merawat pesakit Covid-19

CYBERJAYA – Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menggunakan ubat anti malaria untuk merawat pesakit postif Covid-19 terutamanya di New York dan kawasan lain di negara tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump menerusi satu status dalam laman Facebook miliknya hari ini selepas berkongsi satu artikel daripada New York Post mengenai seorang pesakit Covid-19 yang mendakwa ubat tersebut telah menyelamatkan nyawanya.

Rio Giardinieri, 52, yang berasal dari Florida sebelum ini ditahan di Hospital Memorial Regional di South Florida selepas mengalami sakit belakang yang teruk, sakit kepala, batuk dan demam selama lima hari.

Doktor di hospital tersebut yang merawatnya kemudian mengesahkan Giardinieri mengalami simptom Covid-19 dan pneumonia, kemudiannya meletakkan dia di unit rawatan rapi dan perlu diberikan bantuan sokongan oksigen.

Namun begitu, selepas seminggu menerima rawatan, doktor memaklumkan Giardinieri sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi.

Rio Giadinieri

“Saya berada dalam situasi yang sangat sukar ketika itu yang mana hendak bercakap dan bernafas pun sudah tidak mampu lagi, saya merasakan masa saya sudah sampai,” katanya.
Giardinieri berkata, kemudian, seorang rakannya menghantar satu artikel berkaitan ubat hydroxychloroquine, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit malaria dan penyakit lupus.

“Pada awalnya, doktor enggan menggunakan ubat ini kerana belum ada kajian dan ujian mengenai keberkesannya, tapi saya beritahu dia yang mungkin saya tidak dapat bertahan lagi sehingga hari esok kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Selepas berfikir, doktor berkenaan setuju dan selepas 30 minit seorang jururawat merawat saya menggunakan ubat berkenaan,” katanya.

Katanya, selepas kira-kira satu jam mengambil ubat berkenaan, dadanya tidak berhenti berdegup dengan laju selama dua jam dan selepas itu keadaannya kembali normal dan tidak lagi mengalami demam dan kesukaran bernafas.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here