Aminuddin minta Khalid henti kusutkan suasana

0
464

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya mengingatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad supaya berhenti daripada melihat setiap perkara menggunakan kaca mata politik.

Aminuddin berkata, rakyat kini sedang dalam kesusahan berdepan masalah kesihatan, ekonomi dan kewangan.

“Janganlah kusutkan lagi suasana tetapi sebaliknya marilah kita bersama-sama menenangkan keadaan.

Tidak ada faedahnya untuk kita menimbulkan isu-isu seperti ini, tetapi sebaliknya kita harus berganding bahu membantu kerajaan dalam melawan wabak ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan juga harus terbuka kepada pembangkang untuk sama-sama bekerjasama.

Katanya, ini adalah masa untuk bersatu padu, bukannya bermusuhan kerana wabak ini tidak mengenal siapa kerajaan dan siapa pembangkang.

“Rakyat benar-benar memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dan berpandangan jauh.

Janganlah kita sendiri mendedahkan kecetekan akal dan kerendahan maruah kita dengan kata-kata yang tidak wajar sebegini,” katanya.

Tambah beliau isu khianat atau tidak, baginya itu hanyalah istilah politik yang terdesak mahukan sokongan, tidak lebih dari itu.

” Sama-samalah kita berganding bahu, ketepikan segala perbezaan kita dalam menangani penularan wabak ini. Semoga Allah berikan kita petunjuk. Insya-Allah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Aminuddin merujuk beberapa kenyataan Khalid melalui ciapan Twitter akaunnya berhubung isu Covid-19. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here