Angka kematian Covid-19 di Amerika lepasi angka 3,000

0
199

AMERIKA SYARIKAT – Jumlah mangsa yang maut akibat pendamik Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi angka 3,000 semalam dengan jumlah 163,000 kes positif.

Menurut maklumat yang dikumpul oleh Universiti John Hopkins, negara itu kini telah merekodkan 3,008 kematian dengan 163,429 kes menjadikan negara Uncle Sam itu sebagai negara paling terjejas di dunia.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di AS dikaitkan dengan langkah dan pendekatan Presiden Donald Trump yang terlalu perlahan dan ego pada peringkat awal penularan wabak berkenaan.

Terbaharu, Trump menjangkakan peningkatan kes akan berlarutan selama dua minggu tanpa mengambil kira berapa jumlah kematian yang mungkin berlaku.

Kenyataan Trump itu dikritik oleh saintis kanan, Anthony Fauci yang meramalkan Covid-19 di negara itu bakal menjadi krisis kemanusiaan sehingga mengorbankan lebih 200,000 nyawa.

Kota New York menjadi pusat penyebaran utama virus itu di AS dengan 67,000 kes.

Sehingga kini, lebih daripada 784,000 dijangkiti virus berkenaan dengan 37,638 kematian manakala lebih daripada 165,000 disahkan pulih. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here