Angka korban Covid-19 mencecah 15 kes

0
166

CYBERJAYA – Seorang lelaki berumur 71 tahun dari Melaka menjadi korban terbaharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

“Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling),” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, arwah mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac lalu.

Katanya, pesakit itu kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kementerian juga ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here