Angkasa saran koperasi kredit tawar penangguhan bayaran

0
312

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA -Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyarankan koperasi kredit dan perbankan yang menggunakan khidmat Skim Pemotongan Gaji bagi pinjaman menawarkan penawarkan penangguhan kepada para pelanggan.

Melalui satu kenyataan rasmi Angkasa, sebanyak 580 koperasi kredit dan perbankan komersial termasuk bank koperasi yang menggunakan perkhidmatan sistem potongan gaji disaran menawarkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.

” Penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan itu perlu dipertimbang berikutan pelanggan yang terdiri daripada pekerja syarikat berkaitan kerajaan atau swasta mungkin akan terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan berbanding pelanggan di sektor awam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Angkasa menyambut baik keputusan oleh bank komersial termasuk bank koperasi yang akan melaksanakan moratorium sehingga enam bulan dan memohon supaya ia turut diperluaskan kepada koperasi yang melanggan perkhidmatan kewangan mereka.

“Koperasi yang bercadang membenarkan penangguhan ansuran bayaran balik boleh mengemukakan surat rasmi menerusi emel potongan@angkasa.coop,” kata kenyataan itu lagi. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here