‘Apakah yang lebih bahaya’

0
78

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pendekar ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim memuat naik tiga perkara yang disifatkan merbahaya.

Menurutnya, jawapan itu adalah zon selesa di mana membiarkan sahaja tahap ekonomi, keluarga dan ummah tidak naik malah menurun.

“Kedua, membiarkan sahaja orang susah, miskin dan kanak-kanak mati kelaparan tanpa niat dan usaha sekurang-kurangnya lakukan sesuatu.

“Ketiga, membiarkan sahaja usaha baik berstrategi dan berimpak tinggi yang orang lain lakukan dan pandang sebelah mata, tanpa paling kurang doakan dan ambil tahu,” kongsinya dalam hantaran akaub Facebook miliknya hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, Covid-19 bukanlah yang paling bahaya kerana ia terang dan jelas.

Malah katanya, semua pihak sedang berjaga-jaga mengenai wabak itu.

“Tetapi pendidikan dan ekonomi berteraskan Iman dan adab di samping usaha secara berjemaah adalah fundamental utama kebangkitan orang kita, (ummah kita).

“Semua perlu ambil peduli, sokong semampu mungkin dan doakan,” katanya yang mengajak
semua pihak untuk bangkit bersama menyatukan ekonomi Islam.

Beliau turut menyifatkan al-Quran dan As- Sunnah perlu disemat dalam hati dan diamalkan.

Jelasnya lagi, usaha itu antara perjuangan demi kejayaan dunia dan akhirat buat semua. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here