Arab Saudi berjaya patahkan serangan peluru berpandu

0
567
Peluru berpandu darat ke udara Patriot.

CYBERJAYA – Pasukan pertahanan udara Arab Saudi melaporkan mereka berjaya memintas dan memusnahkan dua buah peluru berpandu di ruang udara bandar Riyadh dan Jizyan, malam tadi.

Menurut laporan Al-Jazeera, kedua-dua peluru berpandu tersebut berjaya dimusnahkan pada pukul 11.23 malam tadi waktu tempatan.

Jurucakap tentera, Kolonel Turki al-Malki dipetik sebagai berkata, kedua-dua peluru berpandu tersebut dilancarkan oleh puak Houthi yang berpangkalan di Yemen, namun tidak menyebut ke mana ia disasarkan.

“Serangan tersebut berjaya dipatahkan,” kata al-Malki dalam satu kenyataan.

Difahamkan, serangan tersebut dipintas menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara Patriot.

Sementara itu, penduduk di Riyadh dan Jizyan melaporkan, kesan serpihan peluru berpandu tersebut ditemukan berselerakan di beberapa kawasan perumahan di dua bandar tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here