Arab Saudi kuatkuasa perintah ‘lockdown” di Jeddah

0
124
Arab Saudi kuatkuasa perintah ‘lockdown” di Jeddah.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI 

RIYADH – Arab Saudi pada Ahad mengeluarkan perintah ‘lockdown’ di wilayah Jeddah sebagai sebahagian langkah membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Memetik sumber Kementerian Dalam Negeri aktiviti keluar dan masuk di sempadan wilayah berkenaan kini disekat.

Pihak berkuasa juga memanjangkan tempoh berkurung di wilayah itu yang kini bermula pukul 3 petang dan sebelum ini perintah berkurung bermula pukul 7 malam.

Minggu lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung selama tiga minggu dan ‘lockdown’ di Riyadh dan di Makkah serta Madinah.

Setakat ini, tiga kematian dicatatkan di negara itu selain lebih 1,100 orang dijangkiti. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here