AS mulakan ujian klinikal vaksin Covid-19

0
113

CYBERJAYA – Amerika Syarikat akan memulakan ujian klinikal terhadap vaksin Covid-19 yang pertama mulai hari ini.

Agensi berita Associated Press (AP) melaporkan, ujian tersebut yang diselenggara oleh Institut Kesihatan Nasional (NIH) dan dilakukan di Institut Kajian Kesihatan Washington Kaiser Permanante di Seattle.

Vaksin tersebut akan diuji pada 45 sukarelawan yang muda dan sihat, yang diberi dos berbeza dan dikeluarkan oleh NIH dan firma perubatan Moderna Inc.

Risiko jangkitan Covid-19 pada sukarelawan adalah rendah kerana vaksin tersebut tidak mengandungi virus tersebut.

Tujuan ujian klinikal ini adalah untuk memastikan vaksin tersebut tidak mempunyai kesan sampingan, dan pada masa yang sama membuka ruang ujian yang lebih besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here