ATM dikerah 12.01 tengah malam Ahad ini

0
183

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pukul 12.01 tengah malam, Ahad ini bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak Rabu lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, kedua-dua pasukan keselamatan itu berganding bahu dalam membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa sepertimana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Pagi tadi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menggerakkan ATM bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Ismail berkata, kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here