ATM tegaskan henti sebar berita palsu mengenai aset pertahanan negara

0
178
Tangkap layar video yang menjadi tular dalam media sosial hari ini.

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan sebaran maklumat yang tidak tepat mengenai aturgerak aset negara perlu dihentikan serta merta.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah dimaklumkan, berita atau maklumat tidak tepat dan video yang tular berkenaan
merupakan aturgerak aset-aset Tentera Darat yang menjalani latihan ketenteraan dan diperintahkan untuk kembali semula ke kem masing-masing atas ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020,” kata Affendi dalam satu kenyataan hari ini.

ATM menegaskan, bahawa penularan video aturgerak yang menjadi tular dalam media sosial hari ini dan dianggap sebagai persediaan pengambil alihan situasi negara adalah satu berita palsu.

“Semua pihak terutama mereka yang tidak
bertanggungjawab, dinasihatkan untuk berhenti menyebarkannya serta-merta,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here