Ayam gulai tempoyak buat petugas barisan hadapan

0
159

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Sejak akhir-akhir ini keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap petugas barisan hadapan dengan menyediakan juadah hasil masakan sendiri menjadi perhatian umum.

Hari ini, Raja Permaisuri Agong berkenan menyajikan nasi berlauk hasil air tangan baginda, kepada petugas di Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Masakan hari ini untuk dihantar ke Sungai Buloh dan CPRC. Ayam gulai tempoyak, sayur kobis panjang dan telur masin,” titah Raja Permaisuri Agong, menerusi hantaran di Instagram baginda hari ini.

Rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap prihatin Tuanku Azizah terhadap petugas-petugas yang bertungkus lumus bagi memastikan rakyat berada dalam keadaan yang terkawal.

Nain_zaidi berkata, tatkala negara sedang diuji dengan ujian, rakyat perlu bersyukur kerana dikurniakan pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap situasi rakyatnya.

Bagi Yangaziema, turut menasihati Tuanku Azizah supaya tidak terlalu penat memasak dan perlu menjaga kesihatan dengan rehat yang secukupnya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here