Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

0
215

CYBERJAYA – Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Latheefa Bibi Koya setelah permohonan perkhidmatan jawatannya itu dipendekkan hari ini dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa hari ini.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa Koya atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan yang disiarkan dalam akaun Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here