Bahrain negara pertama guna hydroxychloroquine rawat Covid-19

0
86
Seorang lelaki memakai topeng penutup muka di Manana, Bahrain

MANAMA- Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk merawat pesakit Covid-19, kata Pengerusi Majlis Tertinggi Kesihatan, Leftenan Jeneral Dr Shaikh Mohamed Abdullah Al Khalifa.

Memetik laporan agensi Bernama, Dr Shaikh Mohamed merangkap Ketua Pasukan Petugas Kebangsaan untuk membanteras Covid-19 mendedahkan perkara itu pada Selasa, lapor agensi Berita Bahrain (BNA).

Ubat itu dilaporkan berpotensi untuk merawat gejala disebabkan virus Covid-19.

Bahrain telah menggunakan ubat itu pada 26 Februari, selepas kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 24 Februari.

Hydroxychloroquine digunakan sebagai ubat mencegah dan merawat penyakit malaria, diskoid dan artritis reumatoid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here