Bali dilanda gempa berukuran 6.3 sr

0
131
Pusat gempa bumi yang terletak kira-kira 300 km ke selatan Denpasar, Bali. –

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Selatan Bali, Indonesia pada 1.45 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa pada kedalaman 45 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 305km selatan dari Denpasar, Indonesia.

Sementara itu, agensi AFP melaporkan Biro Cuaca dan Geofizik Indonesia berkata, gempa yang berpusat pada kedalaman 10 kilometer itu tidak membawa ancaman tsunami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here