Bank Rakyat umum dividen 14 peratus

0
96

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Bank Rakyat hari ini mengumumkan dividen 14 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding 13 peratus pada tahun sebelumnya.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jumlah dividen tersebut bakal dinikmati semua anggotanya berjumlah 842,847 pada 29 Mac ini dengan jumlah bayaran sebanyak RM406 juta.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM382 juta melibatkan pembayaran kepada 840,590 anggota individu, manakala RM24 juta akan dibayar kepada 2,257 anggota koperasi berjumlah RM24 juta.

“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap keperluan anggotanya yang mana 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 peratus penerima anggota koperasi turut terdiri daripada golongan B40,” katanya yang mengumumkan dividen Bank Rakyat di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap pembayaran dividen tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan kepada anggaran 5.1 juta rakyat Malaysia (berdasarkan 4 orang seisi keluarga) pada saat negara dilanda penularan pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan pendapatan serta ekonomi negara.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan serta seluruh warga kerja Bank Rakyat kerana telah berjaya merekodkan kejayaan yang memberangsangkan sekali lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here