Bantu cipta ‘Face Shield’ buat petugas barisan hadapan

0
150

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Klinik As Salam memohon bantuan orang ramai menyalurkan keperluan untuk menghasilkan ‘face shield’ untuk petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkongsian dalam Facebook Azfar Hussin, beliau memaklumkan sehingga kini pihaknya telah menghasilkan hampir 2,000 unit ‘face shield’.

Menurutnya, barangan seperti ‘gluegunrefill’, ‘gluegun’, ‘velcro straps’ dan ‘knicker elastic’ (getah seluar) diperlukan dalam kadar segera.

“Bantu kami untuk membantu mereka.

“Tenaga kerja kami memang cukup Insya-Allah cuma barang sahaja tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana mengekalkan penjarakkan sosial.

Kongsinya, sesiapa yang ingin turut serta membantu boleh menghantar barangan yang diperlukan terus ke tingkat atas Klinik As-Salam atau hubungi 012 4030 969 untuk keterangan lanjut.

Ternyata ramai pihak dalam kalangan warga maya Facebook kini berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh petugas hospital.

Malah beberapa kumpulan Facebook termasuk 3D Printing Malaysia Community for Covid- 19 turut rancak mengumpul dan menyumbangkan idea serta keperluan bagi mencipta face shield melalui pelbagai teknologi percetakan 3D. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here