‘Bantu ketika sukar itu luar biasa’

0
125

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr. Sani Araby Al Kahery turut berkongsi formulanya sepanjang melalui fasa dunia darurat di mana membantu ketika sukar itu adalah  luar biasa, membantu ketika senang itu biasa.

Menurutnya, usaha pihak-pihak yang sanggup membantu golongan yang susah patut dipuji.

“Ini adalah masa untuk semua orang berkobar-kobar hendak melakukan kebaikan.

“Kalau ada duit lebih dan tiada masa untuk membeli, kita boleh hubungi  nombor tertera,” katanya yang turut menunjukkan paket makanan ‘ready to eat’ yang disediakan oleh Syed Food Industry.

Beliau turut mengajak orang ramai sekiranya hendak mewakafkan sesuatu dapat berbincang dengan keluarga dan membuat kiraan.

“Kita faham ramai golongan asnaf terjejas, terpaksa duduk termenung memikirkan hendak makan apa bersama keluarga.

“Saya merayu kepada rakyat Malaysia khususnya anda yang masih lagi mempunyai simpati supaya menyumbang dengan mencari kenalan berkongsi sumbangan untuk didermakan kepada golongan itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa bersedia untuk menghantar makanan bukan sahaja wira-wira barisan hadapan tetapi kepada sauadara berbilang bangsa yang tidak cukup makan.

Kongsinya, Malaysia akan terus bersama memerangi Covid-19 namun mestilah mempunyai langkah tertentu.

“Ini adalah cara terbaik, mudah-mudahan infak ini Allah akan angkat,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Syed Food menyalurkan bantuan di Malaysia selepas pernah bekerjasama semasa misi di Palu dan Gaza dan pernah juga membawa bekalan makanan ke Syria. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here