Bantuan Covid-19: LZS terima 45,000 permohonan

0
154

CYBERJAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima lebih 45 permohonan Bantuan Khas Covid-19 sejak dibuka pada 25 Mac lalu.

Dalam kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook agensi itu, sehingga kini sebanyak 9,361 bantuan masih menunggu proses kelulusan manakala sebanyak 9,771 bantuan telah diliuluskan.

“Sebanyak 1,128 permohonan telah ditolak kerana melebihi kelayakan dan tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Tahniah kepada yang telah menerima bantuan manakala yang masih belum menerima jawapan, borang tuan,puan masih dalam proses kelulusan,” kata kenyataan.

Tambah kenyataan itu, permohonan baharu selepas 27 Mac akan dihentikan bagi memberi ruang LZS menyelesaikan permohonan yang diterima sebelum ini.

Kata kenyataan itu, maklumat terkini akan dimaklumkan pada 31 Mac ini setelah semua permohonan sedia ada dimuktamadkan.

“Jawapan kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan,” ujar kenyataan itu.

Mereka yang memohon untuk mengetahui status permohonan boleh layari laman web https://ezo.zakatselangor.com.my/ . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here