Bantuan khas dari China untuk PDRM

0
107

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan dari China, khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin menyatakan perkara itu menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya malam tadi.

Menurut Hishammuddin, negara tanah besar itu menyumbang 1,000 topeng muka, 20,000 topeng perubatan, 100 pakaian pelindung dan 100 unit kacamata keselamatan.

“Terima kasih sekali lagi kepada China yang menyumbang 1,000 penutup muka, 20,000 topeng keselamatan, 100 pakaian pelindung dan 100 unit kacamata keselamatan.

“Kali ini khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia PDRM pula. Malaysia dan China, air dicincang tidak akan putus!, “katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau berkata, sumbangan itu diterima menerusi Kedutaan Malaysia di Beijing oleh Duta Besar Malaysia di China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dan Chern Lea Keong.

Kelmarin, bantuan pertama barangan perubatan China tiba di Hospital Sungai Buloh.

Hishammuddin pada minggu lepas telah menerima kunjungan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma Putra, Putrajaya untuk membincangkan hubungan Malaysia-China yang perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor serta tumpuan terhadap usaha menangani penularan wabak Covid-19.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here