Bantuan khas kepada pesakit Covid-19 di Kelantan 

0
202

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan bayaran ‘one off’ kepada pesakit Coivd-19 di negeri itu bagi meringan beban mereka.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, bayaran sebanyak RM300 bagi satu keluarga pesakit yang positif Covid-19 golongan B-40.

Tambah beliau, bayaran RM300 bagi satu keluarga kepada golongan B40 yang diletakkan dibawah pengawasan berpusat kerana wabak itu.

“Bayaran sebanyak RM500 kepada waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia bukan merupakan peserta Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua pembayaran akan diberikan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka berdepan dengan wabak itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here