Bantuan pakaian pelindung dari China tiba di Malaysia

0
142

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebuah lori yang membawa kotak berisi pakaian pelindung untuk kegunaan barisan hadapan petugasn Kementerian Kesihatan diserahkan kepada Pharmaniaga pagi ini.

Menerusi satu perkongsian dalam laman Facebook rasmi Kedutaan China di Malaysia, kedutaan itu China dan Syarikat CCCC ECRL telah menyumbang bantuan perubatan untuk ahli-ahli perubatan di negara ini.

“Jangan bimbang tak ada pakaian perang, marilah kita kongsi pakaian perang dan berjuang bersama!,” menurut kepsyen dalam hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut mereka turut meletakkan tanda pagar #JadilahKuatMalaysia dan #KawankawanChinaDiSampingMu sebagai kata-kata semangat ketika Malaysia sedang melalui saat sukar memerangi wabak Covid-19.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat farmaseutikal terbesar, Pharmaniaga bersetuju menguruskan logistik dan menyimpan barangan topeng muka, cecair pembasmi kuman dan peralatan lain itu di gudang mereka.

Penghantaran dan agihan Pharmaniaga serta perkhidmatan syarikat itu adalah di bawah tanggungjawab sosial korporat. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here