Barisan hadapan perangi Covid-19 terima tambahan elaun

0
246
Petugas kesihatan akan menerima tambahan elaun khas bermula bulan hadapan

CYBERJAYA – Semua petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan bagi memerangi wabak Covid-19 bakal menerima kenaikan elaun khas daripada RM400 kepada RM600.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun khas itu akan mula dibayar pada 1 April ini sehingga wabak tersebut berakhir.

“Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini.

“Saya sedar dalam situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang mengharungi cabaran yang hebat ini,” katanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam serta Rela yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata, elauan tersebut juga akan dibayar bermula 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir.

Perdana Menteri berkata, menerusi pemberian tersebut dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here