Barisan Kabinet yang penuh kejutan

0
311

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharu dengan penuh kejutan apabila tiada mana-mana pemimpin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Muhyiddin mengumumkan lantikan empat Menteri Kanan yang akan membantu beliau menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Perdana Menteri berkata, pelantikan Menteri-Menteri Kanan itu akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang dinyatakan diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Tugas mereka termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya ketika mengumumkan barisan Kabinet baharu di Putrajaya hari ini.

Menteri Kanan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Pendidikan Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Pengumuman barisan Kabinet oleh Muhyiddin hari ini juga adalah sesuatu yang luar jangka apabila nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiada dalam senarai.

Muhyiddin dalam ucapannya juga memaklumkan, barisan Kabinet yang dilantik akan memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap.

“Barisan kabinet saya dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Mereka juga telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.

“Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian juga distruktur semula. Antaranya ialah Kementerian Pendidikan yang sebelum ini dibebani dengan bidang tugas yang amat besar serta mencabar.

“Sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Alam Sekitar juga akan diwujudkan selain mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada pukul 3 petang esok di Istana Melawati, Putrajaya.-MT

Berikut adalah senarai penuh barisan Kabinet

Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI

  1. Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
    Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
  2. Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
  3. Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
    Datuk Seri Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
  4. Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
    Dr Mohd Radzi Md Jidin
    Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
    Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

SENARAI MENTERI PENUH DAN TIMBALAN MENTERI

Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri M.Saravanan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Biju

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Dr Abd Latiff Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here