Bayi berusia 12 hari positif Covid-19

0
124

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bayi berusia 12 hari merupakan pesakit termuda positif Covid-19 buat masa ini.

Menurutnya, daripada jumlah 2,032 positif Covid-19, pesakit termuda melibatkan seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada minggu lalu.

“Bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19 di mana bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.

“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rawatan dan tarikh bayi tersebut disahkan positif.

Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan.

Kanak-kanak itu yang sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati dia positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi Facebook, semalam. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here