Bekalan roti Gardenia seperti biasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan

0
147

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengeluar roti terkemuka itu dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.

“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di customer_service@gardenia.com.my,” katanya seperti dipetik Bernama.

Pengeluar roti itu menerusi hantaran dalam halaman Facebook rasmunya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya di pasaran.

Menurut kenyataan itu, ini kerana semua kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan jenama roti itu sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here