Belanja lebih RM300 di Raudhah Grocer

0
940

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY –  “Saya belanja barang dapur lebih RM100 dan harga produk pun masih mampu milik.”

Demikian kongsi seorang pelanggan Raudhah Grocer, Nurul Shahirah Azam, 24, ketika ditemui di Malakat Mall hari ini.

Menurutnya, dia mengambil keputusan waktu rehat tengah hari untuk membeli barangan keperluan dapur selepas beberapa kali melihat promosi Malakat Mall dalam sosial media.

“Saya tahu pembukaan Malakat Mall ini menerusi beberapa portal bahasa Melayu dan Muslim, jadi saya terus datang sini.

“Tak sangka harga boleh tahan murah dan pastinya saya akan datang lagi,” katanya.

Seorang lagi pelanggan dari Shah Alam, Noriah Zainul Abidin, 71, berkata, dia bersama suaminya sanggup mencari beberapa lokasi menjual produk Muslim walaupun jauh.

Pasangan suami isteri itu turut membelanjakan lebih RM300 untuk produk-produk Muslim di Raudhah Grocer.

“Sebenarnya kami cari produk untuk diinfakkan, alhamdulillah Raudhah Grocer menjadi pilihan kami hari ini.

“Cuma saya harap pelbagaikan lagi produk dan yakin ramai lagi pelanggan akan serbu ke sini semata-mata produkn ‘Buy Muslim First (BMF),” katanya.

Bagi Amirul Ali, 39, kebetulan pejabatnya berhampiran Malakat Mall dan melihat sendiri ramai pengunjung datang ke situ.

“Tadi saya sempat belanja RM70 juga di Raudhah Grocer dan jumlah itu sangat berpatutan dengan produk yang dipilih.

“Saya harap perjuangan Malakat Mall ini terus menjadi bualan orang ramai,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here