Beli syer KoPPIM untuk jadi sebahagian kebangkitan ekonomi Islam

1
1288
Cikgu Izzat

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya umat Islam berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada kebangkitan ekonomi Islam dengan menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Menurut Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari, dengan membeli syer dalam koperasi tersebut, impian untuk melihat 10 Malakat Mall dan 1,000 Raudhah Grocer yang dirancang dibuka pada tahun ini dapat direalisasikan.

Maskot Malakat Mall, Hang Bangkit berdiri di hadapan pasar raya Raudhah Grocer

“Pembukaan Malakat Mall ini adalah langkah pertama kepada usaha menyediakan platform kepada dua pihak iaitu pengguna dan peniaga serta usahawan.

Bahagian dalam Raudhah Grocer di Malakat Mall

“Sebanyak 10 Malakat Mall dan 1,000 Raudhah Grocer akan dibuka dalam tahun 2020. Dalam usaha ini, sokongan padu daripada semua pejuang BMF amatlah diperlukan. Bagaimana caranya? Beli syer daripada KoPPIM,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Selain menawarkan pelbagai produk makanan dan barangan keperluan seharian keluaran usahawan BMF, Malakat Mall turut menyediakan pelbagai produk yang sama dengan pusat beli belah terkenal lain dengan mengetengahkan konsep dan versi tersendiri.

Malakat Mall

Dalam pada itu, Mohd. Nor Izzat yang lebih dikenali sebagai cikgu Izzat turut mengucakan tahniah kepada Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan semua pasukannya di atas kejayaan pembukaan Malakat Mall semalam.

Katanya, pembukaan pusat beli belah itu merupakan satu lagi anjakan paradigma kebangkitan ekonomi Islam pada tahun ini.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada pemilik produk Muslim yang masih belum memasukkan produk ke Malakat Mall untuk hadir ke pusat beli belah itu.

“Sila hadir ke Malakat Mall untuk pastikan produk anda ada dalam mall Muslim pertama ini.

“Apapun, tanpa usaha dan kerjasama kita semua dan dengan izin Allah, kita takkan mampu meningkatkan ekonomi Islam. Ayuh istiqamah,” katanya. -MT

1 COMMENT

  1. Tahniah atas pembukaan Malakat Mall!

    Saya cadangkan agar pihak Malakat Mall dapat bekerjasama dengan agen-agen pelancongan muslim terutamanya yang menguruskan kemasukan pelancong luar ke Malaysia.

    Jadikan Malakat Mall sebagai salah satu tempat untuk pelancong-pelancong ini mendapatkan barangan tempatan untuk dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang ke negara mereka.

    Konsep yang sama turut saya perhatikan ketika berkunjung ke Korea pada tahun lepas, di mana agen pelancongan berkenaan memperkenalkan terdapat sesi2 ‘shopping’ dengan membawa pelancong ke shopping complex (yg saya yakin telah mempunyai perjanjian dengan agen pelancongan ini.

    Sekadar pendapat peribadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here